PERUTUSAN GURU BESAR
En. Samuel Iwat
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Naah
Salam sejahtera dan selamat datang ke blog
rasmi Sekolah
Kebangsaan Long Naah.
Laman ini telah dibangunkan untuk menjadi satu
landasan bagi menyatukan komuniti
sekolah khususnya dan seterusnya ke era
global. Ia juga merupakan salah satu usaha dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
dalam mengembangkan potensi individu yang seimbang dari
segi
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial.
Segala
pencapaian, aktiviti sekolah dan maklumat terkini mengenai
SKLN boleh didapati di
dalam laman ini.
|
SKLN Go Go Ahead.
MOTTO SK LONG NAAH
Go Go Ahead
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
OBJEKTIF
- Mencapai sasaran 100% dalam UPSR menjelang 2015
- Mengurangkan Murid buta huruf sehingga sifar.
- Mewujudkan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu.
- Meningkatkan penggunaan ICT dalam meningkatkan prestasi akademik
- Melahirkan Murid yang berwibawa, berketrampilan dan bervisi.
MATLAMAT
- Melahirkan murid yang berkualiti, berdaya saing dan berilmu ke arah globalisasi.
- Mewujudkan perasaan cinta dan sayang terhadap sekolah ke arah semangat belajar yang tinggi.
- Meningkatkan dan memantapkan akademik ke tahap yang cemerlang.
- Menanam minat murid terhadap Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Ilmu.
- Menanam dan mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan hubungan silaturahim.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyedia dan memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan lagi mesra kepada semua yang memerlukan.
- Menjalin persefahaman dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
- Mendidik Murid untuk menyerlahkan potensi ke tahap maksimum dalam semua aspek pembangunan insan.
- Membimbing Murid untuk menggapai kegemilangan dalam bidang akademik.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan harmoni.
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang serta sentiasa pragmatik untuk menangani perubahan.