Sunday, 14 April 2013

Kemudahan di Sekitar Long Naah

Kemudahan di Sekitar Long Naah

Bagi yang sudah berada, sudah pernah bermalam di Long Naah, khususnya di Sekolah, pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk guru-guru di sini mendapatkan bekalan makanan jika tidak turun ke Bandar Miri. Walaupun terdapat kedai-kedai yang dibuka oleh orang kampung di sini, masih terdapat beberapa alternatif lain untuk mendapatkan bekalan dan dalam masa yang sama boleh berjalan menikmati pemandangan di sekitar Long Naah dan kawasan berdekatan.

Bagi bekalan makanan, guru-guru dan orang kampung di sini juga boleh mendapatkan bekalan di Kem Kilo 10 @ Kilo Ten. Kem Balak yang dimiliki oleh Samling. Di sini terdapat beberapa kedai yang menjual barangan harian dan juga peralatan yang mungkin anda perlukan semasa berada di sekitar kawasan ini. Berikut adalah kedai-kedai yang disyorkan kepada anda untuk dikunjungi

Kedai Pertama : Sky View Cafe
Sky View Cafe
Duta Sky View Cafe : Dalam perjalanan pulang ke sekolah


Kedai Kedua : Tengeyet Enterprise (Village Shop)

Aktiviti biasa petang hari Jumaat : Membeli bekalan untuk minggu hadapan


Kedai Ketiga : Central Base Canteen ( Pheonix Dominance Sdn. Bhd)


No comments:

Post a Comment