Tuesday, 21 April 2020

SKLN : ANTOLOGI


Atas cadangan En Mohd Shafirul dan permintaan ramai, Blog SKLN membuka satu ruangan khas untuk memberi peluang kepada komuniti SK Long Naah menyerlahkan bakat masing-masing. Dalam ruangan ini, karya anda akan disiarkan kepada umum.

Bagi yang berminat sila baca cara-cara dan syarat untuk menghantar karya :

  1. Anda boleh menghantar karya-karya anda kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Long Naah ataupun melalui E-mail. Sila PM mana-mana Admin atau Shout di ruangan Chatting untuk perhatian.  
  2. Penghantaran Karya terbuka kepada semua peringkat umur. Tidak kira murid, guru, ibu-bapa, komuniti sekolah ataupun orang luar.
  3. Karya anda mestilah asli. Karya juga tidak boleh menyentuh/mempermainkan/menghina sentimen agama, perkauman, politik dan mana-mana isu sensetif. Pihak Admin berhak menolak karya anda jika anda melanggar syarat yang dikemukakan.
  4. Sila kemukan caption bagi setiap karya anda. Bagi karya yang tidak mempunyai caption, Pihak Admin akan menulis caption yang dirasakan sesuai.

Contoh-contoh Karya :
  1. Lukisan.
  2. Esei / Karangan / Penulisan Sastera.
  3. Video (Max 100Mb per Video).
  4. Lagu (Gubahan sendiri / Remix Project).
  5. Gambar (Min Size 314x215 px)
  6. Dan karya-karya yang difikirkan sesuai.


1 comment: