Sunday, 7 April 2013

SKLN : The Journey begins

Bagaimana untuk tiba di Sekolah Kebangsaan Long Naah.

Sebelum tiba buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan Long Naah Baram, soalan-soalan seperti bagaimana untuk sampai ke Long Naah? Adakah perlu melalui sungai? Adakah jalan yang dilalui selamat? Berapa lamakah untuk tiba di Long Naah? Untuk menjawab soalan-soalan tersebut, artikel ini akan mengupas beberapa cara untuk tiba di Long Naah.

Cara 1 : Miri - Long Naah
Perjalanan terus dari Bandar Miri ke Long Naah mengambil masa 4-6 jam mengikut kelajuan kenderaan. Bagi pemandu yang telah lama memandu di kawasan ini mereka mengambil masa yang lebih singkat untuk tiba di Long Naah. Dengan tambang RM70-RM90 bergantung kepada jumlah penumpang, anda boleh mendapatkan khidmat pemandu 4WD yang tinggal berdekatan dengan Kampung Long Naah. Cara ini disyorkan jika anda bergerak dalam kumpulan 4-5 orang. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi nombor yang tertera di bawah :

Amai Jauh : 0148798995
Amai Johny : 0198441876

Cara 2 : Miri - Lapok - Long Naah

Jika anda bergerak sendirian atau berpasangan, cara ini akan menjimatkan perbelanjaan anda. Anda perlu menghubungi sehari lebih awal sebelum perjalanan untuk mendapatkan kenderaan ke Lapok dengan tambang RM 40 sebelum meneruskan perjalanan ke Long Naah dengan dengan tambang RM 30. Anda akan berhenti sebentar di Pekan Lapok untuk menaiki kenderaan yang seterusnya. Anda diingatkan untuk menghubungi kenderaan anda sehari lebih awal dan perjalanan dari Bandar Miri adalah seawal 5:30 - 6:00 pagi.

Miri- Lapok :
John : 0198055746

Lapok - Long Naah :
Amai Jauh : 0148798995
Amai Johny : 0198441876

Cara 3 : Marudi - Lapok - Long Naah
Jika anda berada di Marudi, anda boleh mendapatkan bot express ke Lapok. sebelum meneruskan perjalanan ke Long Naah. Sila pastikan anda menghubungi kenderaan yang anda akan naiki di  Pekan Lapok sehari sebelum anda bergerak. Perjalananan dari Marudi ke Lapok bergantung kepada keadaan air sungai.

Cara 4 : Miri -  Long San (Long Akah) - Long Naah
Cara yang tidak pernah dicuba. Jika anda ingin mencubanya sila dapatkan penerbangan daripada Lapangan Terbang Miri ke Long San (Long Akah) dan seterusnya menaiki kenderaan dari Long San ke Long Naah. Nota : tiada kenderaan khusus dari Long San ke Long Naah. Jika anda mengikuti cara ini , sila tanggung risiko anda sendiri.

Tambahan :
Setelah anda tiba di Long Naah, Anda perlu menaiki perahu untuk tiba di halaman kampung Long Naah dan Sk Long Naah. Anda hanya perlu menyeberangi sungai dan tiba di destinasi.

No comments:

Post a Comment